KENAPA AKU MEMILIH MENJADI ISTERI KEDUA

1.         Keluargaku membesarkanku, memberi pendidikan secukupnya pada ku, mendoakan kesejahteraan dan kejayaanku, tiba masanya aku membalas budi, aku ingin melakukannya sepuas hati. Suami adalah perkara baru bagiku, ibu ayah selamanya bersama ku, menjadi
isteri ke-2 membenarkan semua ini berlaku. Di saat suami bersama isteri pertamanya, aku bersama keluargaku. Dia bahagia tika bersama keluarganya yang di sana , aku bahagia bersama keluargaku, ayah ibu, adik-adik. Apabila kami bersama semula, cinta itu terasa panas sekali kerana kami saling merindui di kala berjauhan. Maduku juga melakukan perkara yang sama ketika suamiku bersamaku, pulang kepada keluarganya.
2.         Aku wanita berkerjaya itu yang punya segala kemudahan untuk hidup. Ada waktu aku perlukan masa untuk diriku sendiri, untuk ke salon, buat facial, urutan badan, hadiri kelas yoga, aerobik dan sebagainya. Di waktu dia bersama isterinya yang di sana , aku gunakan masa itu untuk diriku. Di kala kami bersama, hubungan intim kami hangat sekali, aku sentiasa bersedia untuknya, untuk diriku juga. Seminggu atau dua minggu sekali cukup memadai bagiku kerana yang sekali itu amat hebat sekali. Yang sekali tetapi hebat itu umpama tonik untuk hari-hariku yang lain.

3.         Wanita sepertiku juga sibuk saban hari. Bukan aku pentingkan karier tapi apabila kita bekerja, kita harus commited sepenuhnya, kedudukan aku sebagai isteri ke-2 mengizinkan itu untuk berlaku. Hasilnya, aku punya suami, anak-anak, keluarga yang menyokong kukuh di belakang dan kerjaya yang cemerlang.

4.         Aku suka kehidupan yang tenang tanpa pergeseran. Berjauhan selalu membuatkan aku selalu merinduinya, apabila dekat aku tak lekang bermanja dengannya. Rugi rasanya masa yang sedikit itu digunakan untuk bergeser perkara-perkara yang kecil. Kami tak pernah bergaduh, dia menerima aku seadanya, aku menerima dia setulus hatiku. Kami adalah pasangan bercinta itu walaupun dah 3 tahun bernikah, handphone dan komputer adalah teman karib, even kami kadang-kadang terlupa bahawa kami suami isteri, bercakap seperti anak-anak remaja.

5.         Aku hanya mahu Hari Raya Pertama di rumah ibu bapaku dan sudah pasti aku sentiasa dapat yang ini. Kalau tak kerana suami berjauhan pun biasanya orang berjalan raya pada hari raya ke 2 & 3, aku sentiasa mendapat hak ini. Hari raya pertama adalah untuk isteri pertama, hari raya ke 2 & 3 bersamaku, selebihnya suami kembali pada keluarga pertama. Aku pun kembali kerja. Semudah itu kehidupanku kerana aku sangat berlapang dada, ada suami untuk hari-hari sebegitu sudah satu nikmat buatku. Bagaimana pula yang tidak bersuami?

6.         Begitu juga ketika bersalin, aku hanya mahu bersama keluargaku, aku hanya mahu ibuku yang menjagaku, aku mahu adik-adik perempuanku menguruskan kebajikanku, sesekali mertua datang melawat, sudah cukup bagiku. Aku tak pernah meminta dia bersamaku ketika ini, aku hanya mahu ibuku, sudah tentu jauh di sudut hatiku mahu dia bersama, tapi aku lebih suka dia di sana dan menelefon aku saban hari, sebab kalau dia ada bersamaku, pening kepala ibuku memikirkan nak masak apa untuk menantu sorang ni.

7.         Maduku? Mula-mula dia seperti marah, lama-lama dia buat tak peduli, sekarang dia kakakku. Dialah juga yang mengajarku cara-cara melayan suamiku.Sambungan yang ke

7 : Sebagai balasannya, aku menghormati haknya sebagai isteri suamiku, aku tak pernah lupa membeli barang untuknya setiap kali outstation, tak pernah lupa memberi hadiah istimewa untuk anak-anaknya yang juga anakku, dan yang paling penting, aku tak pernah memanggil suami pulang ketika ‘turn’nya malah jika suamiku di sana, aku akan minta kebenaran maduku untuk bercakap dengannya.Adakah aku bahagia? Alhamdulillah. Kehidupanku sempurna sekali.

Aku miliki semua, keluarga yang kusayangi, suami yang kucintai dan sanjungi, anak-anak yang baik dan kerjaya yang mantap sekali.Rahsianya  :  Berlapang dada, ikhlas pada diri sendiri dan keluarga, niat segala perkara Lillahi Taala, terima suami seadanya. Dialah rezeki pemberian tuhan, Allah boleh beri dan ambil bila-bali masa dia mahu, tak guna mengawal, lebih memahami kita padanya, lebih sayang dia pada kita. Nama : PolleneyTo : Para isteri ke-2 & bakal isteri ke-2Ini hanya pandangan saya untuk dikongsi bersama :

1.         Jangan peduli apa yang org kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami kita kata kerana hanya mereka ini yang berjasa dan berkepentingan dengan kita. Masyarakat hanya tahu mengutuk tapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tiada berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri ke-2, 3 atau sebagainya dengan syarat suami kita mestilah seorang suami bukan seorang laki.

2.         Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah-marah, kita perlu sentiasa mengalah, kuat hati dengan matlamat perkahwinan kita, mencari keredhaaan Allah swt melalui keredhaan suami, jika niat kita jelas dan ikhlas, lama kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya. Lama-lama boleh menjadi kawan baik kita pula. Tenangnya hati apabila madu kita menelefon bertanya khabar kita di kala suami bersamanya. Lakukan perkara yang sama padanya apabila suami bersama kita.

3.         Senangkan hati suami, maka dia akan senangkan hati kita. Bukankah semua isteri mahu disayangi oleh suaminya. Kita perlu sentiasa memainkan peranan yang aktif supaya hati suami senang. Apabila hati suami senang, madu kita juga senang hatinya. Secara langsungnya, kebaikan itu datang pada kita juga, hati kita turut senang.

4.         Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya dari suami.

5.         Sewajarnya isteri ke-2 berdikari, agar masa santai itu dipenuhi sebaiknya. Jadi akan kurang masa untuk berfikir yang bukan-bukan. Jangan benarkan syaitan menguasai diri. Mana ada perempuan yang tak cemburu, mesti ada juga rasa cemburu sikit, tapi berpada-padalah. Tunjukkanlah juga rasa cemburu tu sikit-sikit pada suami agar dia tahu kita sayang padanya.

6.         Ambil hati mertua sewajarnya, agar dia juga kasihkan kita dan anak-anak seperti dia kasihkan keluarga suami kita yang satu lagi.

7.         Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting ketenangan dalam perhubungan itu.8.         Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti kita, jadi kita tak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama. Konsep poligami itu adalah berkongsi, bukan merampas.

Tetapi bagi yang nak menjadi isteri ke-2, berhati-hati juga ketika menerima lamaran :Tanya dan lihat :

1.         Adakah dia lelaki bertanggungjawab pada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggunjawab juga pada kita.

2.         Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa kita?
Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.

3.         Adakah bakal madu kita terdidik akhlaknya? Jika ya mudah untuk kita berbaik dengannya.

4.         Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian, tahu maksud hidup.

5.         Adakah dia faham tentang perkahwinan sama seperti yang kita faham? Jika ya, udahlah bagi kita dan dia bertolak ansur.Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tak semua perempuan kental, tak semua lelaki kuat. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini. Hanya mereka yang berwibawa saja mampu merealisasikannya. 

Topik : Inilah sebabnyaTahniah Polleney kerana sudi untuk berkongsi tips & petua untuk kebahagian bersama.Alasan yang anda berikan itu juga adalah sama dengan alasan saya. Saya juga perlukan masa untuk diri sendiri. Tak terlayan kalau saya seorang yang melayan keperluan & juga dirinya. Apabila bersama saya, tentulah dia ingin dibelai dan dimanja kerana apabila bersama keluarga di sana , dia perlu menjaga & memanjakan anak-anak.Kalau saya seorang yang melayannya, mahu kelam kabut saya dibuatnya. Mana nak membelai diri sendiri, mengurus rumah tangga, dengan karier & pelajaran lagi. Boleh terbalik saya dibuatnya.

Sememangnya jarak itu lebih memesrakan kerana apabila bertemu, kita tiada masa untuk bertengkar. Masing-masing sibuk memberikan layanan yang terbaik. Bergurau senda lebih menghangatkan suasana daripada pertengkaran yang tak membuahkan sebarang hasil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: